Monday 14 January 2013

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau RPGT 2013




Seperti yang diumumkan oleh perdana menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam belanjawan negara 2013, perkara yang pastinya diambil berat oleh pemain-pemain atau pemilik hartanah adalah Cukai Keuntungan Harta Tanah atau juga disebut Real Property Gains Tax (RPGT). Kenaikan yang pada saya agak tinggi juga, 10%-15% berbanding nilai sebelumnya iaitu 5%-10%. Pada saya, jumlah kenaikkan tersebut agak tinggi. Dan alasan kenaikkan yang diberikan adalah bagi mengurangkan spekulasi dan mengawal kenaikkan nilai hartanah

Ramai kenalan saya dan juga pakar-pakar hartanah yang bertindak pantas sejurus sahaja pengumuman kenaikan RPGT ini dibuat. Dalam masa 3 bulan, ramai pemain hartanah yang bertindak menjual rumah-rumah mereka bagi mengelakkan hartanah mereka dikenakan cukai yang tinggi. Biarpun jumlah yang terlibat mungkin 5k atau 10k, cukup besar nilai itu dan pelbagai perkara yang kita boleh lakukan dengan nilai tersebut.



Sebagai info, RPGT adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia diatas sebarang keuntungan hasil dari pelupusan harta tanah samaada rumah, tanah, kedai, ladang mahupun syer sekiranya pelupusan harta tanah itu masih belum mencapai tempoh matang.

RPGT bermula 2013;

15% - Hartanah dibawah tempoh 2 tahun
10% - Hartanah diantara tempoh 2 tahun ke 5 tahun

Sebagai bandingan, RPGT sebelum 2013;


10% - Hartanah dibawah tempoh 2 tahun
5%   - Hartanah diantara tempoh 2 tahun ke 5 tahun


Sebagai contoh, sekiranya anda membeli sebuah rumah bernilai 200k pada 2010, dan anda bercadang untuk menjualnya pada tahun 2011 kerana harganya sudah melonjak kepada 250k, jadi RPGT yang harus anda jelaskan adalah 15%, kerana tempohnya dibawah 2 tahun, maka;

Harga jual - harga beli = Keuntungan
250k - 200k = 50k

RPGT =  15% x 50k  = 7500

Maka cukai yang dikenakan keatas anda adalah RM7500


Sekiranya anda bercadang untuk menjualnya pada 2013 pula, bermakna usia rumah sudah 3 tahun, maka RPGT yang dikenakan adalah 10%;


Harga jual - harga beli = Keuntungan
250k - 200k = 50k

RPGT =  10% x 50k  = 5000

Maka cukai yang dikenakan keatas anda adalah RM5000


Baik itu adalah untuk hartanah yang berusia dibawah 5 tahun. Bagaimana pula untuk hartanah berusia 5 tahun keatas?? Jawapannya anda terselamat, tiada cukai dikenakan. SETAKAT INI. Itu penting kerana boleh jadi belanjawan negara seterusnya ia berubah lagi, samaada naik, turun, tempoh 7 tahun, 10 tahun, terpulang kepada kerajaan kita. Berdoalah agar kita peroleh yang baik-baik sahaja :)

Tetapi tahukah anda, RPGT boleh dikurangkan atau dilelak??

Saya akan kongsikan bagaimana dalam penulisan saya yang akan datang :)

No comments:

Post a Comment