Tuesday 15 January 2013

Bagaimana Untuk Elak DITIPU Ejen Hartanah Haram??


Saya terpanggil untuk menulis hari ini, untuk mengulas isu berkaitan ejen hartanah yang telah melakukan penipuan terhadap pelanggan-pelanggan beliau di Bandar Saujana Putra. Berita ini saya sempat tonton jam 1230pm tadi di TV9. Saya agak geram sebenarnya apabila kes-kes sebegini berlaku kerana kebiasaannya ia turut akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada ejen-ejen hartanah yang lain yang jujur mencari rezeki.

Dalam liputan berita tersebut, broker hartanah tersebut yang juga merupakan seorang wanita, telah berurusan dengan 5 ke 8 pembeli, yang berminat untuk membeli sebuah rumah di Bandar Saujana Putra. Setelah pembeli-pembeli tersebut bersetuju, maka broker ini telah memungut 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Bagi lebih meyakinkan pembeli tersebut, perjumpaan turut disertai seorang peguam yang dilantik broker tersebut, dan pembayaran dilakukan diatas nama syarikat, yang kononnya syarikat ejen hartanah. Sesudah mendapat wang deposit, broker tersebut lesap bersama wang itu dan peguam dilantik sudah lama tidak bekerja di syarikat guaman yang dinyatakan.

Monday 14 January 2013

Bagaimana untuk ELAK dari bayar RPGT??





Baik, dalam penulisan saya yang lepas, saya sudah terangkan sedikit sebanyak berkaitan RPGT (Real Property Gains Tax) atau CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah). Walaupun kini anda sudah tahu kos RPGT, tetapi usah risau. Biarpun RPGT ini adalah wajib, tetapi ianya boleh dielakkan. Bagaimana caranya?? Jawapannya adalah sekiranya anda pertama kali menjual rumah anda, dan pertama kali dikenakan RPGT tersebut, maka anda layak untuk dikecualikan dari membayarnya. Tetapi ingat, hanya sekali sahaja keistimewaan ini boleh digunakan. Dan anda berhak untuk menentukan bila waktu yang sesuai untuk menggunakannya. Saya pernah menasihatkan seorang pemilik rumah yang juga seorang pemain hartanah, untuk tidak menggunakan pengecualian itu ketika beliau menjual rumahnya yang baru berusia 3 tahun dengan keuntungan 40k. Kenapa?? Awalnya memang beliau terkejut, tetapi selepas saya terangkan lebih lanjut barulah beliau tersenyum lebar. Begini, kos RPGT beliau adalah;

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau RPGT 2013




Seperti yang diumumkan oleh perdana menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam belanjawan negara 2013, perkara yang pastinya diambil berat oleh pemain-pemain atau pemilik hartanah adalah Cukai Keuntungan Harta Tanah atau juga disebut Real Property Gains Tax (RPGT). Kenaikan yang pada saya agak tinggi juga, 10%-15% berbanding nilai sebelumnya iaitu 5%-10%. Pada saya, jumlah kenaikkan tersebut agak tinggi. Dan alasan kenaikkan yang diberikan adalah bagi mengurangkan spekulasi dan mengawal kenaikkan nilai hartanah

Ramai kenalan saya dan juga pakar-pakar hartanah yang bertindak pantas sejurus sahaja pengumuman kenaikan RPGT ini dibuat. Dalam masa 3 bulan, ramai pemain hartanah yang bertindak menjual rumah-rumah mereka bagi mengelakkan hartanah mereka dikenakan cukai yang tinggi. Biarpun jumlah yang terlibat mungkin 5k atau 10k, cukup besar nilai itu dan pelbagai perkara yang kita boleh lakukan dengan nilai tersebut.